01 Julai 2009

Kuliah Ilmu oleh Naib Ketua DPPNPP


Naib Ketua DPPNPP, Ust Zakaria Hamzah menyampaikan kuliah.

Ringkas, padat dan berinfomasi.
Tahniah kepada Lajnah Tarbiah DPPKBP kerana berjaya menganjurkan kuliah ilmu buat kali pertama bagi sesi 2009/2011 semoga program seumpama ini dapat diteruskan untuk memantapkan lagi jiwa pejuang-pejuang Islam di Balik Pulau dan sentiasa kental dengan semangat Jihad.
Diantara peringatan yang diberikan oleh penceramah kepada yang hadirin ialah sentiasa bersemangat untuk berjihad ke jalan Allah SWT dalam keadaan susah atau senang. Ustaz Zakaria juga memberi peringatan supaya semua pendokong perjuangan Islam jangan lalai mencari ilmu sehinggakan tidak taksub lagi untuk berjihad di jalan Allah SWT dengan tidak menghiraukan kerja-kerja jemaah dan tiada lagi sensitiviti terhadap isu umat Islam.

Taujihad disampaikan oleh YDP Kawasan Balik Pulau dan Ust Zakaria kepada pimpinan DPPKBP dan AJK Cawangan





0 ulasan: