28 Mei 2009
20 Mei 2009
Ciri-ciri Jemaah Islam
Petikan daripada Ustaz Mustafa Masyhur yang menerangkan sedikit tentang ciri-ciri jemaah.
" Perlu juga dijelaskan kepada bahawa jemaah yang bakal dimasuki dan berjuang dengannya, mestilah merupakan satu jemaah yang menganut Islam dengan segala kesyumulan (sempurna dan menyeluruh). Mengambil Islam sebagai akidah, ibadah, akhlak, undang-undang, perlembagaan, siasah dan jihad. Malah mencukupi semua aspek kehidupan. Apabila sesuatu jemaah hanya mementingkan beberapa sudut kehidupan sahaja dan mencuaikan beberapa sudut yang lain kerana lebih mengutamakan kemudahan dan keselamatan atau dengan alasan yang lain, maka jemaah itu bukanlah satu jemaah yang sempurna.
Jemaah Islam yang diharapkan untuk melaksanakan kewajipan yang besar ini patutlah meluaskan segala usahanya ke serata dunia. Dengan ini dia dapat menyediakan dasar dan asas yang lebar dan luas untuk Ad Daulah Islamiah Alamiah, bukan hanya terbatas kepada satu tempat atau negeri yang tertentu sahaja. Jemaah yang telah mempunyai pengalaman dan mengalami berbagai cubaan itulah merupakan jemaah yang boleh dipercayai.
Diharapkan ia akan dapat melaksanakan tanggungjawab (masuliah) yang terbesar dan mulia ini dan dapat merealisasikan segala tujuan perjuangan Islam. Membawa buah dan hasil seberapa segera dan mempergunakan waktu dan usaha dengan sebaik-baiknya. Kefahamannya, pemikirannya, harakahnya jauh dari kecuaian dan keterlaluan, jauh dari penyelewengan dan
pengambilan juzi'ah (mengambil bahagian dan meninggalkan sebahagian). Ia terus berjalan menurut jejak dan petunjuk Rasulullah (s.a.w) dan para salafussaleh.
Jemaah ini juga mestilah jemaah yang teratur rapi (munazamah) di dalam satu ikatan yang teguh dan perpaduan yang utuh. Segala perancangan adalah penuh perincian dan telah diputuskan oleh jemaah. Bukanlah ia merupakan jemaah yang porak peranda, bertindak seperti bidan terjun (irtijal), tanpa perincian yang rapi, tanpa disiplin dan tanpa syura.
Patutlah disebutkan di sini beberapa kesalahan dan bahayanya perpecahan. Perpecahan itu membahagi-bahagikan usaha-usaha kepada berbagai jemaah yang kecil-kecil. Pada asalnya, setiap orang yang ingin bekerja untuk Islam hendaklah menyatu padukan segala suara dan usaha di dalam satu jemaah. Jemaah ini pula telah memenuhi ciri-ciri yang telah disebutkan
tadi. Jadi tidaklah boleh ia mengibarkan bendera baru atau bernaung di bawah jemaah yang baru, untuk mencuba-cuba atau mencari pengalaman yang baru. Tindakan begini hanya akan memecah belahkan segala usaha untuk Islam. Jadi, tidaklah harus baginya memisahkan dirinya dari satu jemaah yang besar yang telah mempunyai semua ciri-ciri tersebut serta mempunyai
berbagai pengalaman (tajribah) kecuali jika didapati di dalamnya kefasikan atau kesesatan (dholalah) keseluruhannya."
Sumber: http://www.raudhah.com/forum/index.php?topic=4578.0
Ciri-ciri Mukmin
02. Iaitu mereka yang Khusyuk dalam Solatnya;
03. dan mereka yang menjauhkan diri dari Perbuatan dan Perkataan yang Sia-sia;
04. dan mereka yang berusaha Membersihkan Hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
05. dan mereka yang Menjaga Kehormatannya, -
06. kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka Sesungguhnya mereka tidak tercela: -
07. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
08. dan mereka yang Menjaga Amanah dan Janjinya;
09. dan mereka yang tetap Memelihara Solatnya;
10. mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -
11. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.