Kemenangan 1 Malaysia
Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana mengurniakan kemenangan kepada PAS dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai. Walaupun diasak disegenap penjuru namun akhirnya kemenangan berpihak kepada PAS dengan majoriti hanya 65 undi. Jika dilihat dengan majoriti yang tipis kita sepatutnya bermuhasabah diri masing-masing. Mungkin ramai lebih suka menilik dengan keadaan semasa yang berlaku namun kita juga sepatutnya tidak lupa untuk bermuhasabah diri kita sendiri untuk merenung kedalam mencari punca sebenar kenapa Allah SWT beri majoriti 65 undi. Dengan mengambil kira semua aspek maka setiap ahli PAS haruslah bersedia untuk berubah menjelang pilihanraya yang akan datang. Kemenangan di Manek Urai merupakan " Kemenangan Satu Malaysia" bermaksud kemenangan untuk semua rakyat Malaysia. Masej jelas dari rakyat untuk kepimpinan PM kita yang baru. " 6 - 0 " itulah yang dapat digambarkan mengenai pilihanraya kecil yang dijalankan sejak pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh sehingga yang akhir di DUN Manek Urai, Pakatan Rakyat terus mendapat pilihan dihati pengundi, mood rakyat tidak lagi berubah dan secara jelas terus menolok kerajaan pimpinan UMNO/BN. Kepada para petugas yang bertungkus lumus berkerja untuk memenangkan PAS dalam pilihanraya ini, DPPKBP mengucapkan tahniah dan syabas. Semoga kita semua terus beristiqamah bekerja untuk Islam.
0 ulasan:
Catat Ulasan