22 Julai 2009

Cabaran Kepada Pemuda PAS

Dilaporkan didalam Malaysiakini pada hari ini..

Pro-ISA juga berarak ke Istana Negara
dikemakini 1.17pm
Pendukung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga akan berarak beramai-ramai ke Istana Negara seperti kumpulan penentang akta kontroversi itu pada 1 Ogos, demikian diputuskan malam tadi.
Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama sepuluh NGO Melayu, yang bermesyuarat tentang perkara itu, memutuskan untuk mengumpulkan tandatangan di Dataran Merdeka.
Mereka berarak ke dataran dari Pasar Seni mulai jam 1 tengah hari selepas mengedarkan risalah kepada orang ramai di situ mulai 11.30 pagi, kata Timbalan Presiden II Pewaris, Rahimuddin Md Harun. Sekurang-kurang 3,000 penunjuk perasaan pro-ISA berkumpul di Pasar Seni sebelum menurunkan tandatangan sokongan terhadap akta tersebut di atas kain rentang gergasi, sepanjang 200 kaki. "Kemudian, dengan menjadikan kain rentang itu sebagai pagar (diletakkan di depan), kita akan berarak beramai-ramai ke Istana Negara," katanya kepada Malaysiakini pagi ini. Mereka merancang menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong agar baginda mempertahankan akta kontroversi itu. Tindakan mereka berkumpul bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" dipercayai akan bertembung buat pertama kali di jalanan dengan ribuan penentang akta itu yang menganjurkan Himpunan MANSUH. Demonstrasi besar-besaran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), yang dirancang sejak akhir tahun lepas dan ditunda beberapa kali, disertai Pakatan Rakyat dan NGO hak asasi juga akan ke Istana Negara. Mereka merancang berhimpun di kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan KL Sentral muai 2 petang sebelum menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Menurut Rahimuddin lagi, perhimpunan anjuran Pewaris disepakati dalam mesyuarat dengan 10 lagi NGO yang menyokong usaha itu di ibu negara malam tadi. NGO Melayu itu antaranya Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM). Permit polis untuk berhimpun dan surat makluman kepada pihak istana sedang diusahakan, tambahnya.

Berdasarkan berita yang dipetik dari Malaysiakini seperti tertera diatas kita dapat membuat kesimpulan bahawa pertembungan antara Pewaris dan GMI akan berlaku. Namun sejauh mana Pewaris dan 10 NGO lagi akan membuat himpunan kita tidak dapat pastikan lagi. Persoalannya ialah :-
1) Adakah Pemuda PAS bersedia menerima cabaran dengan turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada 1 Ogos ini..???

2) Adakah Pemuda PAS yang cintakan Islam hanya mampu duduk dirumah buka PC tengok update dari website dan syok sendiri sahaja..???

3) Ya Shabab..... Sanggupkah kita melihat dari jauh sahaja...???
4) Kenapa kita tidak berniat dari sekarang untuk turun menyertai perhimpunan untuk menggesa kerajaan UMNO/BN mansuhkan ISA..???
5) Berapakah nilai harga duit tambang ke KL jika dibandingkan dengan pengorbanan baginda dan para sahabat untuk membawa ISLAM sampai kepada umat akhir zaman ini...???

6) Apakah masalah dan konflik paling kronik sehingga membuatkan kita kritikal dan ambil semua itu jadikan alasan untuk menolak panggilan untuk Berjihad...???


KENAPA MASIH FIKIR PANJANG....???


AYUH BULATKAN NIAT UNTUK TURUN KE HIMPUNAN MANSUHKAN ISA PADA 1 OGOS 2009
INSYAALLAH ALLAH SWT AKAN MENOLONG PERMUDAHKAN SEMUA URUSAN KITA

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah akan memberi jaminan kepada orang-orang yang keluar (berjuang) di jalanNya. Sesungguhnya orang yang keluar untuk berjihad hanya kerana iman dan ikhlas kepada Allah, maka Allahlah yang akan memberi jaminan untuk memasukkannya ke dalam Syurga atau akan mengembalikannya semula ke rumah, beliau juga keluar dengan memperolehi pahala atau harta rampasan. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaanNya. Pada setiap bahagian tubuh yang terluka di jalan Allah akan diperlihatkan olehNya pada Hari Kiamat. Ketika beliau terluka warna darah dan baunya adalah seperti minyak kasturi. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaanNya, jika peperangan itu memang tidak berat bagi kaum muslimin, tentunya aku tidak akan meninggalkan pasukan yang turut berperang pada jalan Allah tetapi aku sendiri tidak mampu memberikan kenderaan kepada mereka dan keadaan mereka sendiri juga seperti diriku yang tidak mampu. Mereka sendiri sebenarnya masih merasa keberatan dan tidak dapat berangkat bersamaku. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaanNya. Sesungguhnya aku lebih suka seandainya aku berperang di jalan Allah lalu terbunuh, lalu aku dihidupkan kemudian berperang lagi dan terbunuh, kemudian aku dihidupkan dan berperang lagi dan akhirnya terbunuh lagi."












0 ulasan: