30 Julai 2009

Sekitar Konvoi Jejak Syuhada Memali 2009

SEKITAR KONVOI JEJAK SYUHADA MEMALI 2009


Para peserta membaca doa sebelum bertolak

Berkumpul di Seberang Jaya sebelum meneruskan perjalanan ke Memali

Yasser Said sedang memberi taklimat berkaitan konvoi kepada peserta

Mudir Madrasah Islamiah Diniah Memali, Ust Marzukhi sedang berkata sesuatu
kepada Ust Fauzi

Para peserta sedang mendengar penjelasan mengenai Peristiwa Memali dari Ust Marzukhi

Para peserta sedang menikmati hidangan makan tengah hari

Peserta paling kecil juga sempat bersalaman dengan Ust Marzukhi

Cenderahati kenag-kenangan diberikan kepada Ust Marzukhi

Kesan tembakan oleh pegawai keselamatan masih lagi ada

Sumbangan oleh Pengarah program kepada balu-balu magsa Memali yang diwakili oleh anak Allahyarham Ust Ibrahim Libya

Kenangan dirumah Ust Ibrahim Libya

Kedatangan peserta konvoi disambut baik oleh Tuan Guru Hj Saleh

Para peserta menikmati hidangan sambil mendengar kata-kata nasihat oleh Tuan Guru

keadaan pondok yang baik dan moden

Gambar kenangan

Para peserta konvoi berehat di rumah Ust Mohd Isa

YDP PAS Kawasan, Ust Fauzi menikmati hidangan bersama Ust Mohd Isa

Hidangan yang disediakan sangat enak dan lazat

Penyerahan baju terpakai untuk orang miskin sekitar Sik disampaikan oleh pengarah program

Mekanik profesional sedang menukar tayar yang pecah

Pengarah program menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Mohd Isa

Gambar kenangan bersama Ust Mohd Isa

Peserta bergambar di rumah Pak Ku

Para peserta khusuk mendengar penjelasan daripada Pak Ku mengenai operasi di Bilik Khidmat Masyarakat Parlimen Sik

YDP PAS Kawasan Balik Pulau menyampaikan cenderahati

Peserta bergambar sebelum menyambung perjalanan

Melawat sekitar Pondok Memali

Para peserta mendengar taklimat mengenai Pondok Lanai

Wakil peserta Khamsani menyampaikan cenderahati kepada wakil Pondok Lanai

Peserta bergambar bersama tenaga pengajar Pondok lanai

Para peserta menzirahi makam pengasas Pondok Lanai, Allahyarham Ust Omar Zuhdi

Makam syuhada

Meninjau sekitar makam syuhada Memali

Ketua Marshal, En Sudirman menyampaikan cenderahati kepada Mudir Pondok Sg Karangan, Ust. Nan

Wakil peserta, Mat menyampaikan sumbangan kepada Ust Nan

Gambar kenangan bersama pelajar dan tenaga pengajar Pondok Sg Karangan

Peserta bertolak pulang ke Pulau Pinang

Read more...

22 Julai 2009

CERAMAH UMUM

CERAMAH UMUM Anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Balik Pulau dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri dan PAS Cawangan Kampung Matahari Naik akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 30 Ogos 2009
Tempat : Dataran Teluk Kumbar, Teluk Kumbar.
Masa : 9.30 malam
Penceramah : Ust. Idris Ahmad (Ketua Penerangan PAS Pusat)
Ust. Yusni Mat Piah (Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang)

Datanglah beramai-ramai untuk mendapatkan maklumat terkini isu-isu semasa.

Seluruh Lapisan Masyarakat dijemput hadir






Read more...

Cabaran Kepada Pemuda PAS

Dilaporkan didalam Malaysiakini pada hari ini..

Pro-ISA juga berarak ke Istana Negara
dikemakini 1.17pm
Pendukung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga akan berarak beramai-ramai ke Istana Negara seperti kumpulan penentang akta kontroversi itu pada 1 Ogos, demikian diputuskan malam tadi.
Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama sepuluh NGO Melayu, yang bermesyuarat tentang perkara itu, memutuskan untuk mengumpulkan tandatangan di Dataran Merdeka.
Mereka berarak ke dataran dari Pasar Seni mulai jam 1 tengah hari selepas mengedarkan risalah kepada orang ramai di situ mulai 11.30 pagi, kata Timbalan Presiden II Pewaris, Rahimuddin Md Harun. Sekurang-kurang 3,000 penunjuk perasaan pro-ISA berkumpul di Pasar Seni sebelum menurunkan tandatangan sokongan terhadap akta tersebut di atas kain rentang gergasi, sepanjang 200 kaki. "Kemudian, dengan menjadikan kain rentang itu sebagai pagar (diletakkan di depan), kita akan berarak beramai-ramai ke Istana Negara," katanya kepada Malaysiakini pagi ini. Mereka merancang menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong agar baginda mempertahankan akta kontroversi itu. Tindakan mereka berkumpul bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" dipercayai akan bertembung buat pertama kali di jalanan dengan ribuan penentang akta itu yang menganjurkan Himpunan MANSUH. Demonstrasi besar-besaran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), yang dirancang sejak akhir tahun lepas dan ditunda beberapa kali, disertai Pakatan Rakyat dan NGO hak asasi juga akan ke Istana Negara. Mereka merancang berhimpun di kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan KL Sentral muai 2 petang sebelum menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Menurut Rahimuddin lagi, perhimpunan anjuran Pewaris disepakati dalam mesyuarat dengan 10 lagi NGO yang menyokong usaha itu di ibu negara malam tadi. NGO Melayu itu antaranya Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM). Permit polis untuk berhimpun dan surat makluman kepada pihak istana sedang diusahakan, tambahnya.

Berdasarkan berita yang dipetik dari Malaysiakini seperti tertera diatas kita dapat membuat kesimpulan bahawa pertembungan antara Pewaris dan GMI akan berlaku. Namun sejauh mana Pewaris dan 10 NGO lagi akan membuat himpunan kita tidak dapat pastikan lagi. Persoalannya ialah :-
1) Adakah Pemuda PAS bersedia menerima cabaran dengan turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada 1 Ogos ini..???

2) Adakah Pemuda PAS yang cintakan Islam hanya mampu duduk dirumah buka PC tengok update dari website dan syok sendiri sahaja..???

3) Ya Shabab..... Sanggupkah kita melihat dari jauh sahaja...???
4) Kenapa kita tidak berniat dari sekarang untuk turun menyertai perhimpunan untuk menggesa kerajaan UMNO/BN mansuhkan ISA..???
5) Berapakah nilai harga duit tambang ke KL jika dibandingkan dengan pengorbanan baginda dan para sahabat untuk membawa ISLAM sampai kepada umat akhir zaman ini...???

6) Apakah masalah dan konflik paling kronik sehingga membuatkan kita kritikal dan ambil semua itu jadikan alasan untuk menolak panggilan untuk Berjihad...???


KENAPA MASIH FIKIR PANJANG....???


AYUH BULATKAN NIAT UNTUK TURUN KE HIMPUNAN MANSUHKAN ISA PADA 1 OGOS 2009
INSYAALLAH ALLAH SWT AKAN MENOLONG PERMUDAHKAN SEMUA URUSAN KITA

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah akan memberi jaminan kepada orang-orang yang keluar (berjuang) di jalanNya. Sesungguhnya orang yang keluar untuk berjihad hanya kerana iman dan ikhlas kepada Allah, maka Allahlah yang akan memberi jaminan untuk memasukkannya ke dalam Syurga atau akan mengembalikannya semula ke rumah, beliau juga keluar dengan memperolehi pahala atau harta rampasan. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaanNya. Pada setiap bahagian tubuh yang terluka di jalan Allah akan diperlihatkan olehNya pada Hari Kiamat. Ketika beliau terluka warna darah dan baunya adalah seperti minyak kasturi. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaanNya, jika peperangan itu memang tidak berat bagi kaum muslimin, tentunya aku tidak akan meninggalkan pasukan yang turut berperang pada jalan Allah tetapi aku sendiri tidak mampu memberikan kenderaan kepada mereka dan keadaan mereka sendiri juga seperti diriku yang tidak mampu. Mereka sendiri sebenarnya masih merasa keberatan dan tidak dapat berangkat bersamaku. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaanNya. Sesungguhnya aku lebih suka seandainya aku berperang di jalan Allah lalu terbunuh, lalu aku dihidupkan kemudian berperang lagi dan terbunuh, kemudian aku dihidupkan dan berperang lagi dan akhirnya terbunuh lagi."












Read more...

Sekitar Kejohanan Futsal Berkain Pelekat

Selamat datang...


Pemuda PAS Balik Pulau 'A'

Pemuda PAS Balik Pulau 'B'

Atur strategi..


Penjaga gol hebat..

Barisan pemain dan pengadil yang berjaya ke peringkat akhir.
Pemuda PAS Bagan dan Pemuda PAS Nibong Tebal bergambar sebelum perlawanan bermula

Juara Pemuda PAS Kawasan Nibong Tebal bersama
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang

Read more...

18 Julai 2009

Pelajar PASTI Meninggal Akibat Jatuh Flat

Al-Fatihah..
Seorang pelajar PASTI Nurul Hidyah, adik Nur Qiestiena Aidanie telah meninggal dunia akibat tejatuh dari flat tingkat 8.. Kejadian berlaku kelmarin semasa bapanya ke Masjid untuk solat jumaat. Jenazah allahyarham telah selamat dikebumikan pada malam kelmarin.
Kepada sesiap yang ingin hulurkan sumbangan bolehlah terus hubungi Penyellaras PASTI Kawasan Balik Pulau Ust. Muzammil b. Hj Abd Wahab 017-8588723.

Read more...

17 Julai 2009

Tambang Teksi, Bas Sekolah Naik

Tambang teksi bagi satu kilometer pertama dinaikkan dari RM2 kepada RM3 mulai 1 Ogos.

Dalam pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz di Kuala Lumpur hari ini, bagi jarak setiap 115 meter, kadarnya adalah 10 sen.Kadar lama, kenaikan 10 sen untuk setiap 150 meter.
Teksi yang menunggu penumpang pula, kadar terbaru 10 sen untuk setiap 21 saat berbanding dahulu untuk 45 saat. Caj tambahan 50 peratus bagi perkhidmatan selepas 12 tengah malam masih dikekalkan tetapi ia dihitung sewaktu penumpang turun, bukan sewaktu memasuki teksi.
Selain itu, kadar tambang bas sekolah berhawa dingin dibenarkan naik sehingga 30 peratus bermula tarikh yang sama.
Di kawasan bandar, kenaikan tambang dari RM21.10 ke RM27.43 bagi satu kilometer, dan dari RM1.55 ke RM2.02 bagi setiap satu kilometer tambahan.
Tambang bas ekspres pula dinaikkan 2 sen bagi setiap kilometer, manakala tambang bas henti-henti di Kuala Lumpur akan dinaikkan 25 sen hingga 70 sen mengikut zon-zon tertentu.


Read more...

Kemenangan 1 Malaysia


Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana mengurniakan kemenangan kepada PAS dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai. Walaupun diasak disegenap penjuru namun akhirnya kemenangan berpihak kepada PAS dengan majoriti hanya 65 undi. Jika dilihat dengan majoriti yang tipis kita sepatutnya bermuhasabah diri masing-masing. Mungkin ramai lebih suka menilik dengan keadaan semasa yang berlaku namun kita juga sepatutnya tidak lupa untuk bermuhasabah diri kita sendiri untuk merenung kedalam mencari punca sebenar kenapa Allah SWT beri majoriti 65 undi. Dengan mengambil kira semua aspek maka setiap ahli PAS haruslah bersedia untuk berubah menjelang pilihanraya yang akan datang. Kemenangan di Manek Urai merupakan " Kemenangan Satu Malaysia" bermaksud kemenangan untuk semua rakyat Malaysia. Masej jelas dari rakyat untuk kepimpinan PM kita yang baru. " 6 - 0 " itulah yang dapat digambarkan mengenai pilihanraya kecil yang dijalankan sejak pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh sehingga yang akhir di DUN Manek Urai, Pakatan Rakyat terus mendapat pilihan dihati pengundi, mood rakyat tidak lagi berubah dan secara jelas terus menolok kerajaan pimpinan UMNO/BN. Kepada para petugas yang bertungkus lumus berkerja untuk memenangkan PAS dalam pilihanraya ini, DPPKBP mengucapkan tahniah dan syabas. Semoga kita semua terus beristiqamah bekerja untuk Islam.

Read more...