29 Jun 2009

Sekitar Ceramah Isu Semasa


Alhamdulillah, walaupun keadaan hujan dan angin yang kuat para hadirin tidak berginjak dari terus mendengar ceramah yang disampaikan

Ust. Mujahid menyampaikan ceramahnya dengan penuh semangat dan sarat dengan maklumat terkini.

Pejuang kecil juga tidak ketinggalan untuk mendapatkan maklumat terkini...




Read more...

27 Jun 2009

Calon PAS di N41

Bendahari PAS Kuala Krai, Fauzi Abdullah dipilih sebagai calon parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini. Pencalonan Fauzi itu diumumkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu cermah di Kampung Manek Urai Lama pada kira-kira jam 11 malam ini.

Fauzi yang berusia dalam lingkungan 50-an adalah seorang peniaga ikan dan anak tempatan.Selain jawatan bendahari, beliau juga bertanggung sebagai pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil - juga terletak dalam parlimen Kuala Krai.

Semoga sama-sama kita membantu dalam memenangkan calon PAS yang bertanding pada kali ini. Lazimnya seperti apa yang sering kita perhatikan sekiranya pilihanraya kecil diadakan yang mana BN meletakkan calon untuk bertanding, maka akan terdengarlah pelbagai isu yang selalunya menggambarkan pembangkang khususnya PAS sebagai parti politik yang terkebelakang. Maka tenggelamlah siapa yang menentang UMNO/BN, media massa cetak mahupun elektronik selalunya akan menjadi lidah rasmi kerajaan untuk sensasikan isu-isu yang remeh.

Jesteru itu kita sebagai pendokong gerakan Islam PAS maka doa dan munajat kita sangat diperlukan untuk memohon Allah SWT menurunkan tenteraNYA dari langit untuk membantu jemaah yang kita sayangi.




Read more...

22 Jun 2009

Majlis Pelancaran Jualan Tanah Wakaf SRIBU

Alhamdulillah bertempat di Markaz Tarbiah Pongsu Seribu pada 21 Jun 2009 (kelmarin), DPPNPP telah mengadakan program serentak Ijtima' Pemuda dan Program Pelancaran Dana Jualan Tanah Wakaf SRIBU. Penerangan mengenai Jualan Tanah Wakaf SRIBU telah disampaikan sendiri oleh Mudir SRIBU, Ybhg Ust. Yusni bin Mat Piah.


Untuk pengetahuan semua, pihak pengurusan SRIBU telah merancang untuk mendirikan sebuah Kompleks SRIBU bernilai RM 5 Juta diatas sebidang tanah seluas 6.7 ekar yang dibeli dengan harga RM 1.5 juta. Tanah tersebut terletak di LOT 128 Mukim 19, Kampung Mengkuang Titi, Penanti, Pulau Pinang. Jualan Tanah wakaf sebanyak RM 20 untuk satu kaki persegi, kepada yang berminat bolehlah hubungi :-

Tel / Fax : 04-3980907
Hp : 019-4500660
Email : mudir_1000@yahoo.com

Semoga kita merebut saham akhiran yang jelas janji yang baik dari Allah SWT.

" Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan harta bendanya pada jalan Allah SWT... adalah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tangkai, tiap-tiap tangkai pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinNya dan Allah Maha Luas kurniaanNya lagi Maha Mengetahui "
(Maksud surah Al-Baqarah : ayat 261)

Read more...

IJTIMA' DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG

Tahniah dan syabas kepada Lajnah Tarbiah Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang dibawah pengerusi yang baru Ust. Mohd Raduan atau panggilan glamornya Mat Taliban. Alhamdulillah DPPKBP berjaya menghantar seramai 14 orang peserta untuk mengikuti program yang cukup bermanfaat ini. Rata-rata semua peserta berpuas hati dengan pengisian yang disampaikan oleh yang berbahagia Ust. Azman Syafawi, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Pengisian yang disampaikan cukup bermakna dan memberi semangat kepada para pemuda untuk terus istiqamah dalam perjuangan. Sekali lagi pihak DPPKBP mengucapkan terima kasih kepada Lajnah Tarbiah DPPN kerana berjaya menganjurkan program Ijtima kelmarin, DPPKBP berharap program sebegini atau seumpamanya dapat diadakan lagi memandangkan cabaran untuk berjuang semakin mencabar.



Pengerusi Majlis, Ust Afnan Taib Azamudin selaku Timbalan Ketua Lajnah Tarbiah DPPN

Ust Raduan memulakan majlis dengan ucapan aluan dengan penuh semangat

Pengisian yang sarat dengan ilmu dari Ust Azman Syafawi

Peserta khusuk mendengar pesanan

Salam ukhwah akhiri program Ijtima'

Read more...

21 Jun 2009

MENGAPA MEMBANTAH PPSMI


Laporan ini disadur daripada Lawyer: Against the law to teach in English oleh Joseph Sipalan, dalam The New Straits Times, 18 Disember 2008

KUALA LUMPUR: 17 Disember 2008, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata bahawa PPSMI yang dilaksanakan pada tahun 2003 itu melanggar peruntukan dalam Akta Pendidikan 1996. Akta itu mengatakan dengan jelas Bahasa Malaysia mesti digunakan sebagai bahasa pengantar mata pelajaran teras.

Dalam Seksyen 17(1) Akta Pendidikan 1996, jelas dinyatakan Bahasa Malaysia hendaklah diguanakan sebagai bahasa pengantar dalam semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Yang dikecualikan adalah sekolah jenis kebangsaan dan institusi lain yang diizinkan oleh menteri pelajaran.

Beliau juga mengatakan Seksyen 18 Akta tersebut mewajibkan mata pelajaran teras diajarkan dalam Bahasa Malaysia.

“Undang-undang yang berkuat kuasa pada hari ini menyatakan bahawa adalah bersalahan daripada segi undang-undang untuk kita menggunakan sebarang bahasa lain bagi mengajarkan mata pelajaran teras.

Sains dan matematik itu adalah mata pelajaran teras.



8 pemuda PAS Johor ditahan edar risalah PPSMI

Jimadie Shah Othman | Jun 20, 09 10:04pm

Lapan anggota Dewan Pemuda PAS Johor, termasuk ketuanya Khairul Faizi Ahmad Kamil, ditahan polis ketika mengedarkan risalah anti dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) petang tadi. Kesemua mereka mereka ditahan serentak di sebuah pasar malam di Batu Pahat kira-kira jam 4.30 tadi kerana mengedarkan risalah anti-PPSMI yang tidak mempunyai nama pencetak dan penerbitnya. Bagaimanapun, setelah diambil keterangan kesemua mereka dibebaskan kira-kira jam 8.15 malam tadi. Mereka adalah naib ketua Pemuda PAS negeri, Hamid Jammah; dua exco dewan itu, Norhalim Sakid dan Norazid Mohd Nor turut ditahan serta empat lagi aktivis PAS - Zulkifli Kama Kutti, Saruni Said, Rizal Harun dan Rashid Abdul Rahim. Sejurus selepas dibebaskan, Khairul Faizi memberitahu Malaysiakini, beliau tidak menyalahkan pihak polis yang cuma menjalankan tugas mereka. "Bagi kami, kami hendak sampaikan kepada masyarakat kenapa PPSMI perlu dimansuhkan. Walaupun kami diberitahu, keputusan perkara itu akan dibuat dalam masa terdekat, selagi mana keputusan tak dibuat, gerakan mesti diteruskan," katanya. Malam ini, PAS Johor dan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) menganjurkan ceramah sempena 100 hari kejayaan menganjurkan demonstrasi besar membantah PPSMI pada 7 Mac lalu. Dalam ceramah di Kampung Parit Bilal, Batu Pahat pada malam ini, Sasterawan Negara, A Samad dan naib presiden PAS, Salahuddin Ayub akan memeriahkan pentas Pada 7 Mac lalu, dipimpin bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dr Hassan Ahmad, ribuan penunjuk perasaan berarak daripada Masjid Negara menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada yang di-pertuan Agong. Demonstrasi itu berakhir dengan pertembungan dengan pihak polis yang menyebabkan meriam air dan bertalu-talu gas pemedih mata dilepaskan.

http://www.malaysiakini.com/news/106903




Read more...

13 Jun 2009

Senarai penuh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat 2009/11

AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT
& PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI/WILAYAH PERSEKUTUAN
SESI 2009 / 2011

Presiden
DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG

Timbalan Presiden
USTAZ NASHARUDIN MAT ISA

Naib Presiden
DATO' USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
SALAHUDDIN AYUB
DATO' MAHFUZ OMAR

Ketua Dewan Ulama
DATO' USTAZ HARUN TAIB

Ketua Dewan Pemuda
USTAZ NASRUDIN HASSAN TANTAWI

Ketua Dewan Muslimat
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH

Setiausaha Agung
DATO' MUSTAFA ALI

Ketua Penerangan
USTAZ IDRIS AHMAD

Bendahari
DR MOHD HATTA RAMLI

Ketua Pengarah Pilihan Raya
DATO' USTAZ ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN

Ahli Jawatankuasa
DATO' SERI IR. MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN

DATO' KAMARUDDIN JAFFAR

DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABD RAZAK

DATO' DR HAJI HASAN MOHD ALI

USTAZ ABDUL GHANI SAMSUDDIN

DATO' USTAZ ABU BAKAR CHIK

MOHAMED HANIPA MAIDIN

DATO' IR AMIRUDDIN HAMZAH

DR LO' LO' MOHAMAD GHAZALI

USTAZ ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN

DR DZULKEFLY AHMAD

DR SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI

USTAZ HASHIM JASIN

MAZLAN ALIMAN

USTAZ TAIB AZAMUDDIN MD. TAIB

DR MUJAHID YUSOF RAWA

DATO' HUSAM MUSA

MOHAMAD SABU

MOHD ANUAR TAHIR

ASMUNI AWI

MOHAMAD TAUFEK ABDUL GHANI

DR SITI MARIAH MAHMUD

WAN UBAIDAH WAN OMAR

AHMAD DULLAH

Pesuruhjaya PAS Negeri
PERLIS : USTAZ HASHIM JASIN

KEDAH : DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABDUL RAZAK

PULAU PINANG : USTAZ MOHD SALLEH MAN

PERAK : USTAZ ABU BAKAR HUSIN

KELANTAN : TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

TERENGGANU : USTAZ HARUN TAIB

PAHANG : DATO' USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN

SELANGOR : DATO' DR HASAN MOHD ALI

W. PERSEKUTUAN : MOHAMAD NOOR MOHAMAD

NEGERI SEMBILAN : ZULKEFLY MOHAMAD OMAR

MELAKA : USTAZ ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN

JOHOR : DATO' DR MAHFODZ MOHAMED

SABAH : MUHAMAD ABDULLAH

SARAWAK : USTAZ OSMAN MUSTAPHA

Read more...

12 Jun 2009

Sekitar Himpunan Membantah Pembunuhan Umat Islam di Masjid Al-Furqan Pattani, Thailand

Masej jelas dari Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang




Mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ust Hafiz Nordin menyampaikan ucapan dengan penuh semangat



Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ust Zakaria Hamzah memberi ucapan yang menyentuh para hadirin dan membaca doa untuk kesejahteraan umat Islam semuanya.

Para pejuang Islam sedang mengaminkan doa dengan penuh pengharapan kepada Allah SWT.

Antara mereka yang hadir

paling menyedihkan, memorendum bantahan hanya diambil dicelah pintu pagar sahaja.. Alhamdulillah walaubagaimanapun hasrat bantahan terhadap kekejaman yang berlaku terhadap umat Islam tercapai juga..

Allahhuakbar..!!!
Allahhuakbar..!!!
Allahhuakbar..!!!






Read more...

11 Jun 2009

Pemuda : Tenaga Buruh Kasar

Islam Memimpin Perubahan


103 point melakar gagasan politik PAS mendepani cabaran dewasa kini dengan membuat penegasan berani dan meyakinkan bahawa Islam Memimpin Perubahan .

Umum mengetahui bahawa Islam adalah dasar perjuangan PAS . Ianya adalah suatu yang bukan sahaja termaktub di dalam perlembagaan parti bahkan ia adalah merupakan asas kenapa PAS ditubuhkan .

Berdiri tegak di atas dasar inilah PAS berjuang , berdakwah dan berpolitik . Dasar ini jua menjadi platform kepada PAS untuk mendidik dan membina aqidah ummah serta fikrah dan syakhsiyah mereka . Bahkan dasar inilah yang membekalkan kekuatan dan menunjuk jalan kepada PAS untuk merubah landskap sosial dan politik tanahair agar tunduk dan patuh kepada wahyu Akllah swt .

Saya tegaskan di sini bahawa gagasan Islam Memimpin Perubahan memerlukan tenaga pekerja [ buruh kasar ] bagi memastikan perubahan dapat dilakukan dan Islam memimpin perubahan tersebut . Justeru sifat Islam ialah memimpin bukan dipimpin , mengarah bukan diarah dan diikut bukan mengikut . Tentu sahaja ungkapan ialah islam di atas dan yang lainnya di bawah .

Tentu sahaja bagi menjayakan gagasan besar dan penting ini , Pemuda PAS sedia menjadi buruh kasar sebagai [ Rijal at Taghyir .] Pejuang Islam yang akan melakukan perubahan tersebut .

Jika Dato' Seri Presiden bertanya kepada kita hari ini :

من أنصاري إلى الله

Siapakah pembantuku untuk memperjuangkan Agama Allah swt .

Insyaallah , Pemuda - pemuda PAS tegak dan segak berdiri : lalu berkata :


نحن أنصار الله

Kamilah pembantu - pembantu [ pejuang ] Agama Allah swt

Harapan Dato' Seri Presiden dalam ucapan dasar yang dibentang , harapan para saff pimpinan dan harapan para perwakilan terhadap pemuda , suka saya tegaskan bahawa terlebih dahulu Rasulullah saw telah meletakkan harapannya yang tinggi kepada pemuda apabila baginda bersabda :


حالفني الشباب و خالفني الشيوخ

Pemuda selalu mendokong perjuanganku
sementara aku sering disanggahi oleh orang - orang tua .

Kami Pemuda PAS akan mengulangi kenyataan Miqdad ibnu Amru Rha kepada Rasulullah saw ketika mereka [ Baginda Rasul saw dan para sahabat rhm ] berbincang untuk mengambil keputusan turun ke medan berjuang demi menegakkan agama Allah swt . :

يا رسول الله : إمض لما أمرك الله فنحن معك .
و الله لا نقول لك كما قالت بنوا اسرائيل لموسى :
إذهب أنت و ربك فقاتلا إنا ها هنا قاعدون
و لكن إذهب أنت و ربك فقاتلا إنا معاكما مقاتلون

Wahai Rasulullah saw : Berangkatlah ke medan juang sekira - kira Allah swt telah mengarahkanmu nescaya kami akan bersamu . Demi Allah ! kami tidak akan berkata sebagaimana kenyataan Bani Israel kepada Nabi Musa as. Pergilah kamu bersama Tuhanmu berperang sementara kami mahu kekal tinggal duduk di sini . Akan tetapi kami akan berkata , pergilah engkau bersama Tuhanmu berjuang sesungguhnya kami turut berjuang bersamamu.

Kami para Pemuda PAS berikrar :

  • Bahawa kami tidak akan menjatuhkan air muka Rasulullah saw .
  • Kami tidak akan mencemarkan wajah Al Mursyidul Am dan Presiden serta seluruh saf pimpinan .
  • Kami sekali - kali tidak akan menconteng arang kepada jamaah yang didokong ini .

Hari ini dalam sejarah apabila pemuda telah diberi " amanah Presiden " yang dinaskan dalam ucapan dasar agar :

Pemuda PAS memainkan peranan sebagai semak dan imbang agar landasan perjuangan PAS dan kerajaan - kerajaan PAKATAN Rakyat terus berjalan sebagaimana tuntutan Islam dan harapan rakyat .

Insyaallah pemuda [ DPPP ] akan terus memelihara ketulenan / keabsahan manhaj perjuangan Islam yang kita dokong . Kita akan pastikan PAS akan kekal identiti dan jati diri PAS sebagai Harakah Islamiyah dari 3 orientasi utamanya iaitu Dakwah , Tarbiyyah , Siasah .


Sementara 3 identiti PAS turut dipertahankan :

Futuristik [ strategi dan persiapan PAS ]

Fundemental [ prinsip perjuangan yang sedang didokong ]

Kontemporary [ dalam pendekatan dan penampilan .]


Pemuda PAS juga insyaallah agar senantiasa segar dan tegar untuk menegur atau kritikan membina kepada saff pimpinan sebagaimana pemuda selamanya rendah diri senantiasa memerlukan tunjuk ajar daie , para ulamak dan saff kepimpinan .

dipetik dari Blog Ust Nasarudin Hasan At-Tantawi

Read more...

Demonstrasi Membantah Pembunuhan Umat Islam di Masjid Pattani

Esok (12 Jun 2009)
Seluruh umat Islam di jemput ke Kedutaan Thailand Jalan Tengku Abd Rahman, Pulau Pinang
seleps solat jumaat untuk menunjukkan bantahan dan menyerahkan memorendum kepada kedutaan Thailand. Datanglah beramai-ramai untuk menunjukkan simpati dan keperihatinan kita terhadap umat Islam yang dizalimi.

Allahhuakbar...!!!
Allahhuakbar...!!!
Allahhuakbar...!!!

Read more...

Program Ekspidisi Jejak Syuhada Memali 2009

Sukacitanya dimaklumkan Dewan Pemuda PAS Kawasan Balik Pulau (DPPKBP) melalui Jabatan Amal, Lajnah Kebajikan dan Lajnah Sukan, Kesenian dan Kebudayaan akan menganjurkan satu program Ekspedisi Jejak Syuhada Memali 2009. Berikut dinyatakan serba ringkas maklumat mengenai program tersebut :-
Program : Ekspedisi Jejak Syuhada Memali 2009

Tarikh : 25 hingga 26 Julai 2009 / 3 & 4 Syaaban 1430H

Masa : 7.30 pagi 25 Julai 2009 (berkumpul di PASTI Sg Burung)
Yuran : RM 40.00 ( makan, minum dan sehelai T- Shirt )

Kenderaan : Motosikal ( petrol sendiri )


Untuk pengetahuan semua, Juara Cup Prix saudara Yaser Said juga akan turut sama dalam program ini.
Untuk pendaftaran atau pertanyaan boleh hubungi :-

En. Ramuslan :016-464 1885

En. Roslan :019-455 6174

En. Md Fahmi :019-404 3327


# Untuk pengetahuan tuan/puan, antara aktiviti yang ada dalam program ini ialah menyampaikan sumbangan kepada ahli keluarga mangsa dan balu mangsa tragedi Memali.Oleh yang demikian sekiranya tuan/puan ingin hulurkan sumbangan pihak DPPKBP sangat mengalu-alukan.Semua sumbangan boleh dihulurkan kepada nama yang tertera diatas.

Read more...

08 Jun 2009

Ucapan Penangguhan Ketua DPPP

Teks Ucapan Penangguhan



بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله الواحد القهار العزيز الغفار مكوّر الليل على النهار
تذكرة لأولى القلوب و الأبصار تبصيرة لذوى الألباب و الإعتبار
أشهد أن لا إله الا الله البر الكريم الرؤوف الرحيم
و أشهد أن سيدنا محمدا عبده و رسوله و حبيبه و خليله
الهادي إلى صراط مستفيم و الداعي إلى دين قويم
صلوات الله و سلامه عليه و على سائر النبيين و آل كل و سائر الصالحين

Jazaakallah Khairan Jaza’ saya rangkapkan buat al Fadhil Sdr Pengerusi Tetap

Kekanda saya Al Fadhil
Yb. Tuan Hj. Salahudin Ayyub

Al Fadhil Ustaz Azman Syafawi Abd Rani
[ Timbalan Ketua DPPP ]

Al Fadhil Sdr Sabki Yusuf [ Naib Ketua DPPP ]
Yang berbahagia seluruh saff EXCO DPPP
Yang berbahagia wakil PAS Pusat ke muktamar DPPP & tetamu
Yang dihormati seluruh sidang muktamrin
Para pemerhati , wartawan dan semua yang hadhir
سلام الله عليكم و رحمته و بركاته dan salam sejahtera .

Ikhwah yang dirahmati Allah sekelian .

Hari ini kita menyaksikan satu lagi sejarah peralihan kepimpinan DPPP dan saya di taklif untuk menerajui amanah kepimpinan ini. Ianya berurutan dengan pengunduran bekas Ketua DPPP Yb. Tuan Hj. Salahudin Ayyub setelah tiga sessi menerajui kepimpinan DPPP dengan penuh dedikasi dan berjaya melonjak prestasi DPPP ke suatu tahap yang tinggi kualiti dan hebat identity . [ berprestij ]

Hari ini beliau secara rasminya berundur dari DPPP untuk meneruskan ‘ pengembaraan ’ ke satu marhalah yang lebih tinggi dan penting demi menabur bakti buat perjuangan suci ini.

DPPP merakamkan setinggi – tinggi nilai penghargaan dan sebesar – besar tanda kebersamaan buat Yb. Tuan Hj. Salahudin Ayyub yang telah memimpin dan membimbing kita semua sepanjang 3 sessi kepimpinan beliau . Semoga jasa budi beliau menjadi amal soleh yang diganjari Allah swt pahala berlipat ganda .

Ikhwah yang dihormati sekelian .

Taklif [ beban amanah ] ini bukan satu tasyrif [ kemuliaan ] , malah saya bukan yang terbaik . Bahkan telah sampai kepengetahuan saya kritikan yang mempertikai kemampuan saya untuk memimpin .

Mereka berhak untuk meragui keupayaan saya . Namun apa yang boleh saya sebut di sini , bahawa kita DPPP laksana sebuah bahtera penyelamat yang sedang menjalankan operasi menyelamat di tengah – tengah laut dalam lagi bergelombang .

Saudara ! jika dibiar saya keseorangan , usahkan belayar jauh , hanya untuk menaikan sauhnya sahaja , saya pasti tidak akan mampu .

Ikhwah yang dikasihi sekelian .

Sebagai ucapan sulung , di saat saya memikul taklif yang sangat berat ini , izinkanlah saya mengingatkan diri saya sendiri dan semua rakan – rakan EXCO DPPP serta tidak ketinggalan para perwakilan yang rata – ratanya adalah pemimpin di negeri , kawasan dan cawangan .

….. dengan ucapan yang pernah diungkapkan oleh Saidina Abu Bakar as – Siddiq rha .

أيها الناس ! فإني قد وليت عليكم و لست بخيركم فإن أحسنت فأعينوني و إن أسأت فقوموني الصدق أمانة و الكذب خيانة

Ucapan Umar bin Abdul Aziz rhm


أما بعد، فإنه ليس بعد نبيكم صلى الله عليه وسلم نبي، ولابعد الكتاب الذي أنزله كتاب، ألا ما أحل الله عزوجل حلال إلى يوم القيامة وما حرمه الله حرام إلى يوم القيامة ألا لست بقاض ولكني منفذ، ألا لست بمبتدع ولكني متبع، ألا إنه ليس لأحد أن يطاع في معصية الله عز وجل، ألا إني لست بخيركم ولكني رجل منكم غير أن الله جعلني أثقلكم حملا.


“Adapun selepas itu, maka sesungguhnya tiada lagi Nabi selepas Nabi kamu saw, dan tiada kitab lagi selepas kitab (al-Quran) yang telah diturunkan kepadanya. Ingatlah! Apa-apa yang telah dihalalkan oleh ALlah Azzawajal tetap halal sehingga hari kiamat. Dan apa yang telah diharamkan oleh ALLah tetap haram sehingga hari kiamat. Ingatlah! Aku bukan seorang hakim (penghukum) tetapi pelaksana, Ketahuilah sesungguhnya aku bukan orang yang mereka-reka (mencipta) ajaran baru, tetapi hanyalah seorang pengikut ajaran ALlah dan RasuluLlah saw. Ketahuilah! Sesungguhnya aku bukanlah orang yang paling baik di antara kamu tetapi ALlah telah menjadikan aku orang yang paling berat memikul tugas.”

Sahabat yang dihormati sekelian .

Perlu diketahui , selain dari amanah ini sangat berat dan sukar , saya telah mendapat ikrar dari sahabat saya dan sahabat kita semua , iaitu Al Fadhil ustaz Azman Syafawi dan saudara Sabki Yusuf al Baasuti untuk menjadi rakan ganding , mengemudi kepimpinan pemuda bersama seluruh saff EXCO DPPP yang dipilih dan dilantik serta tidak dikecualikan walau seorang pun dari perwakilan sekelian .

Marilah saudara , sehayun tangan selangkah kaki kita pacu perjuangan ini , kita redah segala cabaran dan kita serap segala tekanan .

… untuk maksud itu , pemuda mesti miliki sikap yang


· responsive terhadap isu yang dihadapi oleh rakyat dan Negara .
· optimis terhadap kemenangan Islam yang kita dokong ,
· sensitive terhadap keperluan jamaah dan tuntutan ummah

Pemuda PAS juga mesti menjadi lebih kuat dan tidak mengalah kepada kekuatan musuh .

Ramai orang tanya saya , sdr jadi ketua DPPP ni , boleh ker sdr nak lawan Khairy Jamaludin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO?

… dengan tidak memandang rendah pada keupayaan musuh , suka saya tegaskan di sini bahawa agenda perjuangan kita jauh lebih besar dan tinggi dari sekadar untuk berdepan dengan Khairy .

Usahkan Khairy , bapa mertua dia pun kita lawan sebelum ini ! Saya nak beritahu perwakilan semua , percayalah , sekadar nak berdepan dengan pemuda UMNO ni , tak sempat pemuda pusat, boleh ke pemuda kawasan dulu !

Saudara ! Selagi mana Islam tidak menjadi asas perjuangan mereka dan selama mana Islam terus mendarah daging dan menjadi prinsip perjuangan kita , yakinlah ! kita akan mampu berdepan dengan mereka .

Kita berdepan dengan UMNO selama ini dan berjaya mengatasi mereka bukan dengan title juga tidak dengan material tetapi dengan

· aqidah perjuangan yang menunjang dalam jiwa kita ,
· Syakhsiyah yang mempamerkan indahnya akhlak & tingginya budi
· fikrah yang jelas lagi benar mengalahkan hujjah musuh .

Ingat bagaimana wasiat jihad Saidina Umar rha.


فإني آمرك وممن معك من الأجناد بتقوى الله على كل حال؛ فإن تقوى الله أفضل العدة على العدو، وأقوى المكيدة في الحرب، وآمرك ومن معك أن تكونوا أشد احتراساً من المعاصي منكم من عدوكم؛ فإن ذنوب الجيش أخوف عليهم من عدوهم، وإنما ينصر المسلمون بمعصية عدوهم لله، ولولا ذلك لم تكن بهم قوة؛ لأن عددنا ليس كعددهم، ولا عدتنا كعدتهم، فإن استوينا في المعصية كان لهم الفضل علينا في القوة. وإلا ننصر عليهم بفضلنا لن نغلبهم بقوتنا


Saudara Perwakilan yang dihormati sekelian .

Ketika menjawab persoalan yang diajukan kepada saya , bagaimana DPPP dengan kepimpinan yang baru ini akan menghadapi hari – hari mukanya ?

Saya menegaskan prinsip kepada pendekatan yang akan diambil ialah sebagaimana yang pernah disebut oleh Asy Syeikh Abu Hasan Ali An Nadawi :


الجمع بين القديم الصالح و بالجديد النافع

Integrasi antara warisan tradisi yang soleh dengan penemuan baru yang bermanafaat .


Kita akan terus menyambung kerja – kerja yang belum selesai malah mempertautkan legasi kepimpinan terdahulu yang baik dengan pendekatan dan penemuan - penemuan baru yang akan kita laksanakan .

Sememangnya menjadi tanggungjawab kepada setiap pemimpin untuk memperkasakan DPP dari masa ke semasa , dengan melakukan transformasi dan juga persegaran kepada seluruh elemen pendekatan dan aktiviti DPP .

Namun kecemerlangan pemimpin dan segala gagasan mereka yang terdahulu tetap menjadi sandaran untuk kita mencipta sejarah gemilang di zaman kita pula . Inilah yang diajar oleh al Imam Malik rhm .


لا يصلح آخر هذه الأمة إلا بما صلح به أولها

Tidak akan gemilang ummat akhir ini melainkan bersandar kepada pencapaian gemilang sebelumnya



Saudara ! DPPP kini telah berusia 56 tahun . Satu usia yang tiada siapa boleh mempersoalkan kematangannya , jauh sekali untuk menafikan pengalamannya berjuang di medan .

Satu usia yang cukup kaya dengan jasa dan baktinya , bukan sahaja kepada parti tetapi juga kepada rakyat dan Negara . Sebagai contoh :

1. Baru – baru ni , PASTI yang merupakan produk DPP telah menyambut Jubli Peraknya di Tawau Sabah kini mampu berbangga dengan 1640 buah sekolahnya di seluruh Negara .

Saya berharap Jabatan PASTI dengan produk barunya pula iaitu Kelas Fardhu Ain Harian KAFFAH akan terus membawa DPP gah berbakti kepada Negara .

2. Gagasan Kepimpinan Ulama’ , juga telah meraikan Jubli Peraknya baru – baru ini terus segar mendasari system kepimpinan parti sehingga hari ini . Secara langsung terus menobatkan peranan DPP sepanjang abad .

3. Jabatan AMAL sebagai sebuah badan beruniform milik DPP kini telah mencecah usia 18 tahun dengan keahlian berdaftar seramai 4100 dengan 2000 daripadanya adalah Amal Walad .

Insyaallah , saya telah dimaklumkan oleh Pengarahnya bahawa AMAL juga akan mengadakan satu Konvensyen AMAL peringkat Kebangsaan bagi melihat semula peluang dan ruang yang perlu di teroka lebih jauh oleh AMAL .

4. Akademi Kepimpinan Pemuda , produk terbaru DPP yang merupakan legasi mantan ketua DPPP Tuan Hj. Salahudin Ayyub . Baru berusia 2 tahun , masih bertatih dan berjalan jatuh .

Saya telah berjanji dengan Yb. Tuan Hj Salahudin Ayyub untuk memastikan AKP akan mampu berlari deras dan sekaligus berjaya menjuarai isu – isu kepimpinan dan apa yang lebih penting ialah melahirkan bakal – bakal pemimpin parti dan Negara yang berkaliber tinggi .

5. Kelab Penyokong Muda , juga antara produk DPP yang terlaris di pasaran . Bukan sahaja menambat hati rakan – rakan muda non muslim tetapi mula menarik perhatian dunia apabila PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang dulunya sering dimomokkan sebagai eksterim dan suka berkonfrantasi, kini mampu mengambil ruang di dalam hati non muslim .

Fenomena ini telah membuka medan baru dalam episode dakwah kita malah lebih mencabar kepada DPP . Tentu sahaja kita tidak bermaksud menjadikan Kelab Penyokong Muda sebagai alat memenuhi keperluan politik pilihanraya ,

…. sebaliknya kita berhasrat supaya Kelab Penyokong Muda mampu bergerak seiring , memahami dan mendokong cita – cita perjuangan Islam yang menjadi teras penglibatan kita di medan politik tanahair .

DPP masih mempunyai beberapa jabatan – jabatan lain yang berfungsi sebagai “back up striker” dan jentera pengukuhan dalaman DPP .

Saudara ! Apa yang telah kita miliki ini akan kita jaga sebaik mungkin disamping satu mekanisme akan diputuskan demi memastikan tunggakan tugas dan amanah perjuangan ini dapat ditunai dan dilangsaikan dengan baik dan cemerlang .

…. disamping kita akan memberikan komitmen tanpa tangguh untuk menjelaskan tanggungjawab semasa terhadap perjuangan yang kita dokong ini agar tiada tunggakkan baru.

Sdr Perwakilan sekelian !

Bukan sahaja di Semenanjung , pengukuhan organisasi DPP dan perluasan gerakkerja dakwah , insyaallah akan diperhebatkan ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Labuan . Saya kira sessi ini adalah sessi yang akan turut memberikan lebih tumpuan kepada Sabah , Sarawak dan Labuan .

Kita mahu Sabah , Sarawak dan Labuan menjadi Semenanjung ke 2 dan Projek Semenanjung 2 ini akan kita kaji satu mekanisme khusus bagaimana kita akan menjayakannya .

Penutup

Ikhwah yang dihormati sekelian .

Sebelum saya mengundurkan diri , marilah kita berjanji untuk merapatkan lagi saff perjuangan kita , agar DPP terus utuh dan gah di persada politik tanahair , dalam masa yang sama kita berupaya untuk memainkan peranan penting di peringkat antarabangsa .

Saya tertarik dengan pesanan dan amanat Yb. Tn Hj. Salahudin Ayyub supaya jangan kita rosakkan pemuda dengan elemen – elemen perpecahan , sentiment sempit dan jumud , politik berpuak – puak dan jangan rosakkan dengan panggilan dan label – label yang dilemparkan oleh musuh kita , tetapi tampil dengan pemikiran yang segar , kuat dan kontemporari.

Saudara perwakilan sekelian ,

Kita pejuang bukan pemberontak . Kita pendakwah bukan penghukum . Responsive terhadap isu ummah tetapi tidak melatah terhadap provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab .

Kita hulurkan tangan membimbing biarpun lidah tegas menentang dan menegur kezaliman serta kemungkaran .

Insyaalah prinsip – prinsip ini akan meletakkan pemuda PAS terus dihormati oleh kawan dan lawan di sepanjang masa .

Saudara perwakilan sekelian .

Insyaallah , 15 hb June ini , DPPP akan bermesyuarat buat kali yang pertama bagi sessi 09/11 untuk melengkapkan carta dan mengemaskini struktur organisasi DPPP . Kemungkinan besar akan berlaku beberapa perubahan dalam pembinaan carta dan struktur organisasi DPPP yang akan kita maklumkan kemudian .

Saya percaya , transformasi akan bermula dari pengukuhan organisasi dan selepasnya kita akan segera mengadakan bengkel pemerkasaan hala tuju DPPP bagi sessi ini .

Doakan agar kita berjaya melakukan suatu yang terbaik untuk Islam dan DPP sebagai wadah perjuangan kita . Sementara itu , saya berjanji akan mengerahkan seluruh jiwa raga ini selama ia masih berfungsi dan sememangnya ia telah di waqaf kan demi membangunkan cita – cita besar perjuangan ini .

Sesungguhnya kepimpinan ini satu amanah . Sedikit kita silap melangkah , kita berdepan dengan kemurkaan Allah swt . [ saya tidak gerun dengan kritikan musuh , sebalik apa yang merisaukan saya ialah kritikan Allah swt ] Marilah kita mengambil iktibar dari apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw: [ riwayat imam muslim ]


عن أبى ذرّ قال: قلت يا رسول الله ألا تستعملنى فضرب بيده على منكبي ثم قال: " يا أبا ذرإنك ضعيف وإنها أمانة وإنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من أخذها بحقها وأدّى الذي عليه فيها.


dari Abi Zar telah berkata : Aku berkata kepada Rasulullah saw : Apakah engkau tidak memilih aku ? maka Rasulullah saw sampil menepuk kedua - dua bahuku kemudian berkata : Wahaia Abu Zar sesungguhnya engkau lemah sedang kepimpinan itu adalah amanah dan hari qiamat kelak adalah kehinaan dan penyesalan


Akhirnya , saya harap semua kita dapat bangun seketika sambil kita melaungkan kalimah takbir , tanda hormat mengiringi pengunduran penuh bergaya Mantan Ketua DPPP Tuan Hj. Salahudin Ayyub dan sebagai symbol restu buat beliau menyandang amanah baru sebagai Naib Presiden insyaallah .

Read more...

07 Jun 2009

Tahniah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Alhamdulillah setelah pemergian YB Salahudin Ayob dari memimpin Dewan Pemuda PAS Pusat kini tokoh Ulama' Muda mengambil tanggungjawab untuk memikul amanah yang besar ini. Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada Kepimpinan DPPP Sesi 2009 - 2011. Pihak DPPKBP mengharapkan kepimpinan yang berbahagia Ust. Nasarudin Hassan at Tantawi dapat "menggagahkan" lagi DPPP serta pemuda PAS diseluruh Malaysia.



Read more...

Pesanan Mantan Ketua Dewan Pemuda

Jangan merasa cukup dan jangan jadikan alasan tiada duit - Salahudin

Mantan ketua pemuda, Salahuddin Ayub berpesan kepada barisan kepimpinan baru Pemuda PAS dan seluruh perwakilan supaya tidak merasa cukup dengan apa yang ada dan menjadikan alasan tiada duit untuk terus berada di dalam perjuangan.

Semalam, beliau berucap buat kali yang terakhir sebagai Ketua Pemuda dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di Markaz Tarbiyah PAS Pusat.

Beliau mengimbas kembali sebelum terlibat secara langsung bersama pemuda, beliau hanyalah orang kampung yang bekerja sebagai penjual ikan dan penjual kuih. Selepas itu beliau ditaklifkan menjadi Ketua Penerangan Pemuda PAS dengan gaji hanya RM 500.00 sebulan dan seterusnya dilantik menjadi Ketua Pemuda menggantikan Tuan hj Mahfuz pada tahun 2003.
Isteri beliau pula terpaksa belajar menjahit bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga. Sehinggalah beliau dapat menjadi ahli parlimen Kubang Kerian, barulah hidup beliau bersama Isteri dan anak-anak agak selesa sedikit.
Walaupun telah mendapat kehidupan yang selesa beliau dan keluarga telah berjanji, tidak akan mengubah gaya hidup.
Mengulas mengenai kritikan orang-orang luar kepada Ketua Pemuda yang baru, beliau berkata" walaupun dengan imej jubah dan serban, ataupun dengan memakai kot dan tali leher sebesar sejadah, orang tidak menilai semua itu. Tetapi insyaAllah orang dan masyarakat diluar akan menilai pemikiran dan gagasan kita sebagai pemimpin."
Beliau menasihatkan kepada Ustaz Nasrudin dan barisan kepimpinan yang baru supaya tidak merasa gundah gulana dalam berjuang kerana dengan Islam yang diperjuangkan, mereka berada ditempat yang sangat tinggi.
"Ada ramai sahabat yang mungkin memuji kita siang dan malam, tapi tidak ramai sahabat yang berani mengkritik kita. Bersabarlah kita dalam menerima teguran dan jangan malu untuk menambah ilmu yang kita ada" kata beliau.

Mengimbau kembali ketika mula-mula diangkat menggantikan Tuan Hj Mahfuz sebagai ketua pemuda dahulu, ramai yang tidak yakin dengan kepimpinan beliau dan akhbar-akhbar memberikan kritikan yang sangat pedas kepada beliau.

Walaubagaimanapun beliau telah berusaha dengan segala kudrat yang ada untuk berbuat yang terbaik.
Beliau turut berpesan supaya tidak menjadikan akhbar-akhbar ini sebagai musuh tetapi jadikan ia sebagai kawan yang mengkritik kita dan membina diri kita sebagai pemimpin.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga berterima kasih kepada Dewan Pemuda PAS dan budi dewan pemuda pemuda tidak mampu untuk beliau balas.
Beliau berjanji, di mana pun beliau berada tetap akan mempertaruhkan nyawa untuk perjuangan suci ini.

Akhir sekali, beliau turut berterima kasih kepada individu-individu yang membantu beliau sejak beliau memikul amanah sebagai Ketua Pemuda PAS.

dipetik dari web muktamar PAS Pusat

Read more...