CERAMAH UMUM
Ceramah Umum oleh Tn. Hj. Mohd Sabu
Tarikh : 28/9/2009
Hari : Isnin
Tempat : Markaz PAS Kampung Pelet, Penanti
Masa : 9.30malam
Semua dijemput hadir..
Ceramah Umum oleh Tn. Hj. Mohd Sabu
Tarikh : 28/9/2009
Hari : Isnin
Tempat : Markaz PAS Kampung Pelet, Penanti
Masa : 9.30malam
Semua dijemput hadir..
| Balik Pulau Balik Pulau merupakan kawasan yang termaju di Kawasan Barat. Nama Balik Pulau adalah sempena dengan perletakan kawasan ini, iaitu di sebalik Pulau Pinang. Dari segi sejarah, Balik Pulau adalah kawasan yang paling awal dibangunkan di Kawasan Barat. Pekan Balik Pulau pula merupakan kawasan utama pusat perniagaan di Balik Pulau dan juga Kawasan Barat. Asal- usul sejarah Balik Pulau menunjukkan bahawa penduduk asal Balik Pulau terdiri daripada penghijrah- penghijrah Melayu dari negeri Kedah. Pada tahun 1821, Siam telah menyerang Kedah dan mentadbirnya selama 22 tahun. Penjajahan ini telah membawa kepada banyak kerosakan dan menyebabkan kesengsaraan kepada penduduk di negeri itu, mengakibatkan penduduknya menghijrah keluar untuk mencari kehidupan baru. Sesetengah daripada penghijrah- penghijrah ini telah meneroka tanah Balik Pulau dan mendirikan perkampungan Melayu yang menjalankan aktiviti pertanian. Lama- kelamaan, persekitaran yang sesuai untuk bercucuk tanam menyebabkan Balik Pulau terkenal sebagai kawasan pertanian terutamanya buah- buahan tempatan. Perkembangan ini telah menggalakkan penghijrahan penduduk luar datang untuk berurusniaga ataupun menjalankan kegiatan pertanian. Golongan ini kebanyakannya merupakan peniaga atau buruh- buruh Cina yang bekerja di ladang- ladang getah, buah cengkih dan buah pala. Ketua kaum Cina yang paling berpengaruh di Balik Pulau adalah Koh Seang Tat, seorang pemilik estet ladang. Pada 1882. Beliau telah membina monumen air pancutan di bulatan persimpangan masuk ke pekan ini, dan kini masih merupakan mercu tanda utama untuk Pekan Balik Pulau. Pada tahun 1854, Gereja Roman Katolik, Holy Name of Jesus dibina di sini sebagai tanggungan Kariah Pulau Tikus. Paderi- paderi gereja inilah yang telah menubuhkan sekolah- sekolah St. George dan Sacred Heart di Balik Pulau. Pada masa itu juga, banyak rumah kedai dibina. Orang- orang India juga berhijrah ke Balik Pulau sebagai buruh- buruh estet ladang atau pekerja- pekerja Majlis Perbandaran pada tahun 1880an. Beberapa institusi dan agensi perkhidmatan telah diwujudkan di Balik Pulau untuk menampung keperluan penduduk tempatan yang semakin berkembang. Di antaranya adalah Jabatan Tanah dan Daerah yang dibina pada 1880an. Namun, masih terdapat banyak perkampungan Melayu dan Cina di Balik Pulau seperti Kampung Kuala Sungai Jalan Baru, Kampung Paya dan Kampung Jalan Baru. Kini, Balik Pulau masih terkenal dengan ladang-ladang buah pala, buah cengkih dan dusun- dusun buah- buahannya dan menjadi tumpuan utama kepada peniaga buah-buahan dan pengunjung yang ingin menikmati hasil dusun. (Maklumat yang diperolehi dari MPPP). |
Petikan dari Harakahdaily.net
KUALA LUMPUR, 27 Sept: Ketika Pulau Pinang diiktiraf kerana usahanya memerangi rasuah oleh Transparency International (TI), Malaysia terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah apabila berada pada kedudukan ke 47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.
Malah, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram pengganas dan negara yang dianggap kurang membangun seperti Botswana dan Bhutan. Israel berada pada kedudukan ke-33, Botswana ke-36 manakala Bhutan berada pada kedudukan ke-45.
Paling mendukacitakan ialah apabila indeks yang dikeluarkan oleh TI itu menunjukkan negara-negara umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam yang memerangi rasuah.
Negara-negara seperti Somalia, Iraq, Afghanistan dan Sudan berada di tangga paling bawah. Somalia berada di kedudukan tercorot iaitu ke-180, Iraq ke-178, Afghanistan ke-176 dan Sudan ke-173.
Negara yang berada di tempat teratas ialah Denmark diikuti oleh New Zealand, Sweden dan Singapura.
Di Malaysia, negara menanggung kerugian sebesar RM10 billion setahun akibat rasuah - iaitu jumlah yang mencukupi untuk membina lebih dari 15000 kos rendah jika diambilkira permohonan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) kepada kerajaan untuk menaikkan harga rumah kos rendah kepada RM60,000.
Dalam laporannya, TI membangkitkan amalan keluar masuk yang berterusan di antara bidang politik dan perniagaan di mana pihak tertentu bertukar-tukar tempat dari kedudukan sebagai ahli politik kepada ahli perniagaan atau dari ahli perniagaan kepada ahli politik dan terus keluar masuk di antara kedua-dua bidang itu.
Keadaan itu, menurut TI, mengakibatkan pengaruh yang negatif kepada konsep "check and balance" (semak dan imbang)
Laporan tersebut juga menyatakan bahawa hubungan serba kompleks antara politik, sektor awam dan sektor swasta itu mungkin mengakibatkan rasuah berlaku dengan bebas tanpa sebarang hukuman.
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low berkata, usaha mencegah rasuah di negara ini tidak ubah seperti melepas batuk di tangga sahaja jika tidak dilaksanakan tindakan drastik untuk memisahkan hubungan selesa antara kerajaan, perniagaan dan politik.
Low berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula tidak memperlihatkan hasil yang diinginkan dan orang ramai menganggap suruhanjaya itu mengamalkan penyiasatan dan pendakwaan secara berpilih-pilih.
Satu-satunya sisi yang positif dari laporan tersebut mengenai Malaysia ialah pengiktirafan yang diberikan kepada kerajaan Pulau Pinang dalam memerangi rasuah.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan pihaknya menerima pujian itu dengan rendah hati.
Beliau juga mengumumkan bahawa Pulau Pinang berjaya mengurangkan RM36 juta atau 12 peratus perbelanjaan operasi hasil dari usaha memerangi rasuah itu. _
Read more...Hari ini SPR telah membuat pengumuman mengenai Pilihanraya Kecil Bagan Pinang. Hari penamaan calon jatuh pada 3 Oktober 2009 manakala hari mengundi jatuh pada 11 Oktober 2009. Kepada semua pemuda ayuh gerakkan semua jentera ke sana untuk sekali lagi kita jatuhkan UMNO/BN.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Balik Pulau memulakan langkah pertama dengan menyediakan sebuah bas untuk bersama-sama memberi sokongan kepada calon PAS yang akan bertanding. Sekiranya berminat untuk kesana bolehlah menghubungi :- En. Roslan Atal : 019-4556174 En. Mohd Fahmi : 019-4043327
Ayuh kita kesana...

Petikan dari Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Rakyat mendapat hadiah istimewa sempena menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini apabila harga petrol dipercayai akan mula naik mulai tengah malam ini.
Menurut sumber, Ron 95 akan naik dari RM1.75 ke RM1.80 malam ini manakala F1 akan naik dari RM1,80 ke RM2.05. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya.
"Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita," kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.
PAS bersama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat serta NGO prihatin telah beberapa kali membantah kenaikan minyak sehingga ramai antara mereka terpaksa bermalam dalam lokap.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan debat khas dengan Menteri Penerangan sebelum ini, Datuk Ahmad Shabery Cheek bagi membincangkan isu kenaikan harga minyak ini.
Dipercayai, kenaikan kali ini akan membuatkan kemarahan rakyat kembali semula dan bakal menjana protes sekali lagi.
Ini kerana, barangan keperluan harian sebagaimana biasa akan naik menjelang hari perayaan nanti.
"Kenaikan harga minyak akan menambahkan lagi beban rakyat," kata Salahudin. _
Gambar hiasan

Tidak sangka pada hari ini kita telah Merdeka 52 tahun namun masih ada lagi rakyat kita sebegini. lihat gambar diatas...
Gambar ini diambil dari keratan akhbar tempatan bertarikh hari ini (31/8/2009). Keluarga ini tinggal di Simpang Renggam...