Muktamar Tahunan PAS 56
Alhamdulillah hari ini akan tercatat satu sejarah baru PAS apabila perlembagaan yang digubal membolehkan perwakilan-prwakilan yang terdiri daripada kawasan-kawasan setiap dewan-dewan (Ulama' , Pemuda dan Muslimat) pertama kalinya akan berlansung. Tepat jam 8.00malam majlis perasmian oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Mursidul Am PAS akan merasmikan majlis yang penuh bersejarah. Bagi Dewan Pemuda PAS Kawasan Balik Pulau selain bersyukur dapat menghantar perwakilan untuk mengikuti muktamar yang bersejarah tetapi yang lebih menarik pada kali ini usul yang dikemukakan oleh DPPKBP akan dibahaskan didalam muktamar yang bersejarah ini. Penulis berasa sangat gembira kerana dalam muktamar yang bersejarah kali ini DPPKBP dapat memahat sejarahnya tersendiri. Selain itu pada muktamar kali ini juga DPPKBP akan menghantar seramai 30 orang ahli kelab motosikal ARC berkonvoi dari Balik Pulau ke Muktamar. Semoga Muktamar kali ke 56 kali ini akan memberi nafas baru kepada DPPKBP untuk memperkuatkan barisan menentang UMNO/BN.
0 ulasan:
Catat Ulasan