03 Disember 2009

Pulau Pinang Larang Sertai BTN

Petikan dari Malaysiakini.com

Pulau Pinang hari ini mengikut jejak Selangor dengan memutuskan untuk melarang kakitangannya menyertai kursus Biro Tatanegara (BTN), yang menghentam pembangkang, berkuat kuasa serta-merta.Pengumuman itu dibuat Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman dalam sidang media di lobi DUN Pulau Pinang tengahari tadi.Beliau dilaporkan berkata langkah terbaru itu diambil kerana biro bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu tidak melaksanakan modul sebenar, malah mengisi modul "dengan sikap jijik, menghina dan mencemuh kepimpinan Pakatan Rakyat." Kerajaan negeri juga sedang mengkaji mana-mana pihak yang menganjurkan kursus serupa kerana ada laporan mengatakan mereka sengaja melemparkan kata-kata nista kepada pihak tertentu yang tidak menyokong BN, lapor akhbar web PAS Harakahdaily.net.Mansor, yang juga ADUN Penanti, dipetik berkata laporan yang diterima daripada peserta BTN amat mendukacitakan, malahan "ada yang tertekan dengan tindakan membuli peserta jika mereka tidak memberi kerjasama kepada penganjur."Minggu lalu, Selangor melarang kakitangan kerajaan negeri dan pelajar di institusi pengajian tinggi miliknya menghadiri program BTN dengan alasan ia dijadikan tempat indoktrinasi dan punca pecah-belah antara kaum dan agama.Dua lagi negeri Pakatan Rakyat, Kedah dan Kelantan, mengambil sikap tunggu dan lihat berhubung isu tersebut yang kini hangat dibahaskan sehingga kabinet mengarahkan sukatan kursus BTN dirombak agar sesuai dengan semangat 1Malaysia.

0 ulasan: