Risalah Fitnah Ketua Pemuda - Taktik kotor dan terdesak
Tinggal beberapa jam lagi masa berkempen untuk Pilihanraya Kecil Dun Bagan Pinang. Suasana di kawasan Bagan Pinang semakin terasa kehangatannya. Menurut Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan, malam ini akan dieadarkan risalah kononnya beliau memohon maaf kepada para pengundi atas semua provokasi yang berlaku sepanjang kempen.
"Risalah tersebut akan menggunakan 'letterhead' atau kepala surat palsu Dewan Pemuda PAS Pusat dan tandatangan palsu saya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
"Semua itu adalah palsu dan ianya fitnah kepada saya dan Dewan Pemuda PAS Pusat," katanya pada satu sidang media tergempar yang diadakan di Markaz Induk PAS, Port Dickson petang tadi.
Berdasarkan maklumat dalaman yang diterimanya kandungan risalah permohonan maaf tersebut dibuat kononnya ekoran desakan pihak DAP dan Parti KeADILan Rakyat bagi menjaga reputasi Pakatan Rakyat.
Beliau juga berkali-kali menegaskan agar semua pengundi tidak terpengaruh dengan dakyah dan fitnah yang dilakukan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Jelasnya, Umno-BN semakin menunjukkan wajah sebenar dalam keadaan terdesak untuk menang pada pilihanraya kecil kali ini.
Ditanya mengenai kemungkinan melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis, Nasruddin berkata perkara tersebut masih belum berlaku dan tindakan selanjutnya bergantung kepada keadaan yang bakal terjadi.
0 ulasan:
Catat Ulasan