21 Jun 2009

MENGAPA MEMBANTAH PPSMI


Laporan ini disadur daripada Lawyer: Against the law to teach in English oleh Joseph Sipalan, dalam The New Straits Times, 18 Disember 2008

KUALA LUMPUR: 17 Disember 2008, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata bahawa PPSMI yang dilaksanakan pada tahun 2003 itu melanggar peruntukan dalam Akta Pendidikan 1996. Akta itu mengatakan dengan jelas Bahasa Malaysia mesti digunakan sebagai bahasa pengantar mata pelajaran teras.

Dalam Seksyen 17(1) Akta Pendidikan 1996, jelas dinyatakan Bahasa Malaysia hendaklah diguanakan sebagai bahasa pengantar dalam semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Yang dikecualikan adalah sekolah jenis kebangsaan dan institusi lain yang diizinkan oleh menteri pelajaran.

Beliau juga mengatakan Seksyen 18 Akta tersebut mewajibkan mata pelajaran teras diajarkan dalam Bahasa Malaysia.

“Undang-undang yang berkuat kuasa pada hari ini menyatakan bahawa adalah bersalahan daripada segi undang-undang untuk kita menggunakan sebarang bahasa lain bagi mengajarkan mata pelajaran teras.

Sains dan matematik itu adalah mata pelajaran teras.



8 pemuda PAS Johor ditahan edar risalah PPSMI

Jimadie Shah Othman | Jun 20, 09 10:04pm

Lapan anggota Dewan Pemuda PAS Johor, termasuk ketuanya Khairul Faizi Ahmad Kamil, ditahan polis ketika mengedarkan risalah anti dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) petang tadi. Kesemua mereka mereka ditahan serentak di sebuah pasar malam di Batu Pahat kira-kira jam 4.30 tadi kerana mengedarkan risalah anti-PPSMI yang tidak mempunyai nama pencetak dan penerbitnya. Bagaimanapun, setelah diambil keterangan kesemua mereka dibebaskan kira-kira jam 8.15 malam tadi. Mereka adalah naib ketua Pemuda PAS negeri, Hamid Jammah; dua exco dewan itu, Norhalim Sakid dan Norazid Mohd Nor turut ditahan serta empat lagi aktivis PAS - Zulkifli Kama Kutti, Saruni Said, Rizal Harun dan Rashid Abdul Rahim. Sejurus selepas dibebaskan, Khairul Faizi memberitahu Malaysiakini, beliau tidak menyalahkan pihak polis yang cuma menjalankan tugas mereka. "Bagi kami, kami hendak sampaikan kepada masyarakat kenapa PPSMI perlu dimansuhkan. Walaupun kami diberitahu, keputusan perkara itu akan dibuat dalam masa terdekat, selagi mana keputusan tak dibuat, gerakan mesti diteruskan," katanya. Malam ini, PAS Johor dan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) menganjurkan ceramah sempena 100 hari kejayaan menganjurkan demonstrasi besar membantah PPSMI pada 7 Mac lalu. Dalam ceramah di Kampung Parit Bilal, Batu Pahat pada malam ini, Sasterawan Negara, A Samad dan naib presiden PAS, Salahuddin Ayub akan memeriahkan pentas Pada 7 Mac lalu, dipimpin bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dr Hassan Ahmad, ribuan penunjuk perasaan berarak daripada Masjid Negara menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada yang di-pertuan Agong. Demonstrasi itu berakhir dengan pertembungan dengan pihak polis yang menyebabkan meriam air dan bertalu-talu gas pemedih mata dilepaskan.

http://www.malaysiakini.com/news/106903




0 ulasan: