14 Julai 2009

Senjata Sulit Penyelamat Manek Urai

Saudaraku sekalian, waktu berkempen telah tamat maka segala bentuk kampen telahpun dihentikan namun sebagai pejuang Islam yang bercita-citakan syahid ada lagi senjata sulit yang akan menjadi penyelamat serta mengundang tentera dari langit untuk turut membantu demi memenangkan Islam di N.41.
Senjata sulit yang dimaksudkan itu ialah doa dan munajat kita bersama memohon keredoaan dan kemenangan didalam DUN Manek Urai esok. Sejarah Islam telah terhidang kepada kita, rekod hitam dan putih pejuang Islam telah kita bongkar golongan yang sedikit menewaskan golongan yang banyak, golongan batil menewaskan yang hak, dan pelbagai lagi kisah silam pejuang Islam yang kita dapat contohi.


Sekiranya kita sedar contoh yang dipersembahkan dari sirah sehinggalah kezaman mutaakhir ini maka doa merupakan senjata sulit yang sukar di tangkis oleh pihak musuh, jesteru itu dalam menghadapi pilihanraya kecil yang dijadualkan esok maka marilah kita sama-sama berdoa dalam apa jua keadaan supaya PAS dapat mengekalkan kerusi di DUN Manek Urai. Percayalah Allah SWT akan mengambil kira doa setiap pejuang Islam kita hanya menyerahkan bulat kepada Allah SWT untuk menentukan keputusannya esok.

Kepada saudaraku marilah kita mengangkat tangan berdoa memohon kepada Allah SWT menggagalkan sebarang tipu daya musuh dan kemenangan kepada PAS.Amin.

0 ulasan: