12 Mei 2010

JOM PI KONVOI


Jom kita pi Konvoi.. Kali ini Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan (DACS) melalui Kelab Motosikal ARC akan berkonvoi ke Kelantan Darul Naim. Konvoi pada kali ini dijadualkan akan diadakan pada 10 hingga 13 Jun 2010. Menarik, konvoi pada kali ini akan diserikan dengan perjalanan Muktamar Tahuanan PAS Pusat yang diadakan bemula 10 hingga 13 Jun 2010 di PUTIK, Kelantan. Kepada sesiapa yang berminat anda boleh hubungi En. Hamdan 012-4133377 untuk sebarang pertanyaan.






Read more...

09 Mei 2010

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALIK PULAU (DPPKBP) melalui Lajnah Ekonomi akan menganjurkan satu rombongan untuk mencari dana bagi menjalankan aktiviti DPPKBP sepanjang 2010/2011. Berikut merupakan butiran rombongan :-
Tarikh : 18 & 19 Jun 2010 (bertolak dari P.Pinang pada 18/6 jam 11.30malam)

Tempat lawatan : P.Pinang - Nilai - Putrajaya - P.Pinang

Yuran : RM 70.00 satu kerusi

Tarik tutup penyertaan : 10 Jun 2010

Sekirannya tuan/puan berminat sila hubungi En Ahmad Huzaimi 012-5421740 atau email ke dppkbp@yahoo.com. Tempat adalah terhad

Read more...

06 Mei 2010

PROGRAM KEMAHIRAN SIRI-2


Jabatan Amal Kawasan Balik Pulau akan menganjurkan Program Kemahiran siri-2. Program kali ini ialah rentetan daripada program siri-1 yang diadakan pada bulan disember 2008. Menurut pengarah program En. Roslan Atal, siri ke-2 akan memberi pendedahan berkaitan modul yang dirasakan mencabar kepada peserta. Maklumat mengenai program seperti berikut :-
Tarikh : 9 Mei 2010

Tempat : Kebun Abang Mat, Sg Rusa, Balik Pulau

Masa : 8.00pagi - 5.00petang
Yuran : RM 3.00

Untuk menyertai program atau sebarang pertanyaan boleh hubungi :-

En. Roslan Atal 017-438 0676
En Zaki Ramli 019-5720526

Read more...

Read more...

04 Mei 2010

Saksi Nafi Aminulrashid Cuba Rempuh Polis

Read more...

Ugut Nik Aziz: PAS Pulau Pinang mahu ziarah keluarga Safuan

petikan dari Harakahdaily
PULAU PINANG, 3 Mei: Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang kini sedang berusaha mengesan kediaman seorang pemuda, Safuan Hilmi yang membuat ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui laman Facebook beliau.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas, Abdullah Saad menegaskan, kediaman Safuan terletak di Kampung Lahar Tabut, dan pemuda PAS mahu menziarah keluarganya bagi memaklumkan perbuatan itu kepada ibubapanya.

"Buat masa ini kita sedang mengesan rumahnya dan bila bertemu Insya Allah kita akan melakukan ziarah ke kediamanya untuk memaklumkan kenyataan bahaya Safuan.

"Kemungkinan besar keluarganya tidak mengetahui langsung bahawa anak mereka betindak begitu yang mungkin boleh membahayakan dirinya, " tegas beliau.

Dalam pada itu, Pemuda PAS Pulau Pinang juga semalam membuat laporan polis berhubung perkara sama di Ibu Pejabat Polis Bandar Perda, Bukit Mertajam.

turut serta dalam laporan polis itu ialah Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK) Pulau Pinang Amir Ghazali dan Bendahari DAPSY Pulau Pinang, Steven Sim.

Selain mendesak siasatan segera dilakukan, mereka juga turut meminta Safuan agar berani tampil ke hadapan dan tidak menyembunyikan diri.

Read more...

02 Mei 2010


Semoga Allah SWT memberi hidayah kepada pemuda ini.....

Read more...